Amira pilih lagu Sambil ciptaan Irfan dan Haiqal.
Penyanyi Amira Othman mengakui menerima beberapa lagu daripada pelbagai komposer ketika mencari single terbaharunya selepas Mimpi Indah.
Amira berkata, dalam tempoh berkenaan lagu ciptaan adiknya iaitu Irfan Haris dan Haiqal berjudul Sambil dipilih dan mempunyai melodi paling dekat dengan hatinya.
"Sebenarnya kebetulan lagu itu datang ketika saya sedang mencari lagu baru. Saya terima banyak demo tapi bila saya dengar lagu ini yang paling berkenan.
"Saya seorang yang cerewet sangat dalam pemilihan lagu. Saya tidak kisah siapa komposer asalkan melodi melekat di hati saya dan pendengar," ujarnya kepada mStar Online.
Irfan dan Amira Othman lancar lagu Sambil
Muzik video lagu Sambil yang dinyanyikan berduet bersama adiknya Irfan Haris itu sudah boleh ditonton di saluran Youtube.
Dalam pada itu, Amira berkata, dia berbincang dan turut memberikan pendapatnya sepanjang proses pembikinan lagu berkenaan.
"Lirik lagu ditulis oleh saudara kami iaitu Ubaidillah, mereka buat lagu ini sudah lama tapi sekarang baru buat keputusan untuk beri pada saya.
"Pada asalnya lagu itu untuk saya tapi ramai pula beri cadangan untuk dinyanyikan secara berduet dengan Irfan.
"Saya turut beri pendapat apa yang baik dan untuk diperbaiki dan diubah. Kami sama-sama akan beri pandangan untuk lagu itu,"