Syamsul Yusof timang anak kedua, pilih nama Sumayyah




Isteri kepada pengarah popular Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi perempuan mereka petang semalam.

Puteri Sarah melahirkan bayi seberat tiga kilogram itu pada pukul 3.30 petang semalam.

"Alhamdulillah maha suci Allah. Maha pemberi segala rezeki.

"Anak kedua kami selamat dilahirkan pada pukul 3.30 petang tadi (semalam).

"Kali ini, Allah kurniakan kami anak perempuan yang diberi nama Sumayyah binti Mohd. Syamsul. Alhamdulillah, terima kasih semua yang mendoakan," kongsi pengarah filem Munafik itu di Instagramnya.

Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Puteri Sarah pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Syaikhul Islam Mohd Syamsul.

Post a Comment

Previous Post Next Post