Sweet Qismina bengang Kaum lelaki tengok semua benda nampak seks!




Sweet mempersoalkan tindakan segelintir golongan lelaki yang berfikiran kotor apabila melihat semua perkara secara seksual.

Pelakon Sweet Qismina mempersoalkan tindakan segelintir golongan lelaki yang berfikiran tidak baik dan hati terlalu kotor sehingga melihat semua perkara secara seksual.

Sweet, 22, berkata dia tidak mahu mereka memberi alasan sebagai seorang lelaki boleh membayangkan perkara bukan-bukan disebabkan cara seseorang wanita itu.

"Jadi beritahu saya, perempuan yang minta untuk dirogol atau lelaki yang terlalu sang** dan cari bahan untuk puaskan nafsu?



Sweet memuat naik foto komen negatif daripada netizen.

"Fikiran dan hati yang terlalu kotor tu yang semua benda nampak 18SX saja. Jangan beri saya alasan 'nama pun lelaki, cara kau tu minta lelaki bayang benda bukan-bukan dan teransang'," katanya.

Pemilik nama Farhanna Qismina ini mengulas perkara itu menerusi Instastory dengan memuat naik paparan skrin komen-komen seksual daripada pengikut lelaki di media sosialnya.

Sebelum ini, pelakon drama bersiri Cinta Tiada Ganti ini pernah dikecam gara-gara memuat naik foto dia memakai seluar pendek ketika bercuti di Phuket, Thailand pada awal Februari lalu.

Menerusi laporan pada 8 Februari lalu, Sweet bagaimanapun mengambil komen negatif dan teguran netizen itu secara positif.



Foto Sweet yang mengundang komen seksual daripada pengikut lelaki di laman sosial.

Dalam pada itu, Sweet turut mempertikaikan kenapa ada kes seksual yang melibatkan lelaki dengan lelaki sekiranya punca utama perkara itu terjadi disebabkan pemakaian dan cara wanita itu bergambar.

"Sayang, kalau betullah fasal pakaian atau cara kami bergaya ambil gambar itu punca utama dan satu-satunya PUNCA untuk buat anda (lelaki) teransang, kenapa lelaki kena gangguan seksual.

"Kenapa lelaki pun jadi mangsa? Dan kenapa yang 'rogol' lelaki itu adalah LELAKI? Ia disebabkan kita, atau disebabkan nafsu anda?" ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post