Konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang dibawakan oleh Shiraz Projects bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Mac ini.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menggesa orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan penjualan tiket konsertnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 16 Mac ini.
Menurut Siti, ada pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan walaupun telah diumumkan sebelum ini tiket di lokasi berkenaan habis dijual.
“Saya mendapat aduan daripada peminat bahawa ada scammer (penipu) yang menjual tiket konsert.
“Tolong jangan tertipu, kerana tiket konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour telah habis dijual di laman web rasmi,” katanya menerusi kemas kini di Instagram sebentar tadi.
Axiata Arena merupakan lokasi terakhir konsert jelajahnya selepas Istora Senayan, Jakarta, Indonesia dan Singapore Expo, Singapura pada 21 Februari dan 2 Mac lalu.
Terdahulu melaporkan, konsert jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour akan diterbitkan sebagai sebuah filem dokumentari untuk tayangan umum di pawagam tanah air.
Konsert dan filem dokumentari terbitan Shiraz Projects tersebut merangkumkan perjalanan Siti dalam ketiga-tiga konsert jelajahnya yang berlangsung di Jakarta, Singapura dan Kuala Lumpur.