Juliana Evans dedah hamil lima bulan




Juliana memberitahu berita gembira tersebut di akaun Instagramnya hari ini.

Dua tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Che Puan Juliana Evans mendedahkan kini sudah hamil lima bulan.

Juliana atau nama sebenarnya, Juliana Sophie Johari Evans melalui beberapa perkongsian foto di Instagram berkongsi berita gembira itu.

"Saya gembira untuk mengumumkan bahawa saya lagi tiga bulan akan menjadi seorang ibu.

"Suami dan saya sangat teruja untuk menjadi ibu dan bapa. Terima kasih atas segala doa," tulis Juliana, 29.

Juliana dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah berkahwin pada April 2017.


Post a Comment

Previous Post Next Post