Janna Nick Ramai lelaki mata keranjang di luar sana




Janna menyifatkan kontroversi foto beliau sedang melakukan sukan ekstrem wall climbing itu sebagai hanya cuit-cuit ringan.

Dikritik netizen kerana memuat naik sekeping foto dirinya sedang melakukan aktiviti memanjat tembok atau wall climbing yang didakwa terlalu menampakkan saiz punggung, pelakon Janna Nick menyifatkan segelintir lelaki di luar sana sebagai mata keranjang.

Kata Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, dia tidak melihat foto yang dikongsinya itu sebagai sesuatu perkara yang perlu diperbesarkan.

"Mereka yang mata keranjang (pervert). Industri hiburan sekarang seperti ketandusan kontroversi. Benda yang sekecil itu pun ingin diperbesarkan.

"Saya sifatkan kontroversi foto itu sebagai cuit-cuit ringan sahaja. Ramai golongan lelaki mata keranjang di luar sana," kata Janna, 25.

Janna berkata demikian ketika ditemui Kosmo! pada makan malam bersamanya sebagai duta produk kecantikan, Colla-Plus 3 di Cinnamon Coffee House, One World Hotel di sini sebentar tadi.

Terdahulu, pelakon drama Leftenan Zana itu berkongsi sekeping foto dirinya melakukan sukan ekstrem wall climbing. Melalui foto tersebut, ramai memberi komen tentang saiz punggungnya yang terlalu menonjol.

Post a Comment

Previous Post Next Post