Zizan Razak mahu tumpu benda baik depan mata




Zizan Razak kini lebih selesa memberi fokus kepada karier seni.

PElakon dan pelawak Zizan Razak enggan meletakkan sebarang tempoh tertentu tentang soal perkahwinan meskipun usianya kini sudah pun mencecah 35 tahun.

Zizan berkata, fokusnya kini adalah semata-mata untuk karier sebagai anak seni memandangkan komitmennya sedang padat buat masa ini.

"Setakat ini tiada perkara yang ingin dikongsikan mengenai soal jodoh kerana buat masa ini tumpuan saya adalah kepada kerjaya saya.

"Bila hendak kahwin, saya sendiri pun tidak pasti. Saya ikut pada keadaan, ada peluang, rezeki adalah nanti apabila tiba masanya," katanya kepada mStar Online.



Zizan bakal memasuki set penggambaran filem Abang Long 3.

Dalam pada itu, Zizan berkata, dia bukan mengelak tentang soal jodoh tetapi baginya adalah lebih baik dia memfokuskan kepada perkara yang berada di depan mata berbanding sesuatu yang tidak pasti.

"Saya bersyukur sangat sebab rezeki dalam bidang seni semakin murah, komitmen juga bertambah.

"Pada saya buat masa sekaran lebih baik saya fokus kepada benda baik depan mata itu terlebih dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Zizan berkata, dia bakal memasuki set penggambaran filem Abang Long Fadil 3 tidak lama lagi selain bakal melancarkan single terbaharunya.

Kata Zizan, untuk lagu terbaharunya itu nanti dia berkemungkinan akan bekerjasama dengan penyanyi sensasi Ismail Izzani.

Post a Comment

Previous Post Next Post