Siti Nordiana, Zoey Rahman cemas Hokkaido dilanda gempa bumi




Siti Nordiana dan Zoey Rahman berada di Jepun untuk menjalani penggambaran sebuah program televisyen travelog pelancongan.

Dua selebriti tempatan, Siti Nordiana dan Zoey Rahman yang kini berada di bandar Atsuma, Hokkaido di Jepun berdepan detik cemas apabila daerah itu dilanda gempa bumi sederhana 5.7 skala Richter semalam.

Siti Nordiana atau nama sebenarnya Siti Nordiana Alias, 35, memuatnaik kejadian itu di laman Instagramnya memaklumkan kepada umum bahawa mereka berada dalam keadaan selamat.

Walaupun berada dalam keadaan selamat, penyanyi Nisan Cinta itu mengakui berasa cemas kerana kali pertama berdepan dengan insiden berkenaan.

"Kami diberitahu, gegaran sedemikian kerap berlaku dan orang Jepun di sana sudah biasa dengan keadaan tersebut.

“Apa pun bagi kami yang kali pertama berdepan dengan keadaan ini, rasa cemas juga dan kami tunggu selama setengah jam sebelum diberitahu situasi sudah selamat,” katanya menerusi perkongsian rakaman suara aplikasi WhatsApp hari ini.

Difahamkan kedua-dua selebriti itu berada di Jepun untuk menjalani penggambaran travelog pelancongan sejak empat hari yang lalu.

Mereka juga dijadualkan pulang ke Malaysia pada pagi ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post