Ella pecah rekod peribadi, undang 200 pemuzik




Seramai 200 pemuzik mengiringi persembahan pada majlis Ella Kitalah Bintang di The Love @ Matic di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Penyanyi rock legenda, Ella memecahkan rekod peribadi menerusi Malaysia Book Of Records apabila mengundang 200 pemuzik untuk mengiringi persembahannya pada majlis Ella Kitalah Bintang di The Love @ Matic, di sini sebentar tadi.

Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 52, berkata, majlis yang diadakan sempena konsertnya, Ella Unplugged tersebut bertujuan meraikan pemuzik-pemuzik tempatan daripada pelbagai latar belakang.

“Sejujurnya, saya tidak fikir sangat tentang rekod. Saya mengumpulkan pemuzik-pemuzik ini kerana mahu memberikan pengalaman bermain muzik secara langsung beramai-ramai.

“Secara tidak langsung, majlis ini dapat memberi manfaat kepada kita semua,” katanya.

Terdahulu, penyanyi lagu Gemilang itu mencipta rekod sebagai penyanyi pertama mengundang 100 pemuzik pada sidang akhbar Konsert Ella 2016 sekitar tiga tahun lalu.

Dalam pada itu, Ella melahirkan rasa syukur dengan penjualan tiket konsert Ella Unplugged In KL yang cukup memberangsangkan.

“Saya mahu memberikan yang terbaik buat peminat pada hari konsert nanti. Banyak yang kami rancangkan untuk penonton nanti,” katanya lagi.

Konsert Ella Unplugged In KL bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 29, 30 dan 31 Mac 2019.

Tiket-tiket bermula daripada RM179 hingga RM519 boleh didapati menerusi www.proticket.com.my. - K! ONLINE

Konsert Ella Unplugged In KL bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 29, 30 dan 31 Mac 20Konsert Ella Unplugged In KL bakal diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 29, 30 dan 31 Mac 2019.



Post a Comment

Previous Post Next Post