Anak Lana Nodin jalani pembedahan jantung esok




Lana selepas melahirkan William (gambar kecil) beberapa bulan lalu.

Pelakon Lana Nodin meminta agar peminat mendoakan kesihatan anaknya, William Daud McKienzie yang bakal menjalani pembedahan jantung esok.

Lana menerusi akaun Instagramnya berkata, William yang kini berusia tiga bulan akan menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.

“Doakan anak saya selamat untuk menjalani pembedahan pada bahagian jantung esok,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Lana turut menggalakkan orang ramai supaya memberikan bantuan kepada pesakit jantung yang memerlukan.

“Bantuan anda dapat membantu pesakit jantung yang memerlukan seperti William.

“Segala derma boleh dihulurkan kepada Yayasan IJN,” katanya lagi.

Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, boleh berbuat demikian menerusi akaun CIMB 8600056491 atau Maybank 564258577396.

Terdahulu, Lana memberitahu anak lelakinya itu menderita masalah injap (aortic stenosis).

Disebabkan masalah kesihatan tersebut, Lana kurang memuat naik gambar William dalam laman sosial.

Lana mendirikan rumah tangga bersama David McKienzie pada Mac 2015. Selain William, pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata pertama, Gia Quinn McKienzie yang kini berusia tiga tahun.

Post a Comment

Previous Post Next Post