
Selepas 32 tahun menguruskan kerjaya Ratu Rock negara, Ella, Jojie kini menguruskan kerjaya seni penyanyi Azharina Azhar.
Meskipun sudah tidak menguruskan kerjaya Ella yang juga adik kandungnya Jojie berkata, hubungan mereka masih baik dan tiada sebarang masalah.
"Kami bukan bergaduh, sebaliknya masih berbaik. Cuma saya ingin mengubah angin dan mencuba ruang yang baharu.
"Ella sendiri merestui hala tuju baharu kerjaya saya sebagai seorang pengurus. Hal ini kerana kami pernah berjanji akan membawa haluan masing-masin selepas berkahwin," Katanya yang ditemui pada sidang media pengumuman pengurusan baharu Azharina sebentar tadi.
Sementara itu, Azharina meluahkan rasa syukur kerana selepas 18 tahun berada dalam industri muzik, dia akhirnya bertemu dengan pengurus yang terbaik.
"Jojie seorang pengurus yang bagus dan kejayaan Ella adalah buktinya. Saya berharap kerjaya seni saya akan lebih bersinar di bawah pengurusannya," kata Azharina.