Rita Rudaini sedih kehilangan kucing tersayang dipanggil Pekan.
Pelakon Rita Rudaini kesal apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Pekan hilang ketika bawah jagaan seorang kenalan di Semenyih, Selangor.
Rita berkata, dia sudah melakukan beberapa usaha termasuk solat hajat agar menemui kucing tersebut.
"Saya hantar kucing di rumah kenalan kerana dia nak pinjam dan 'kahwinkan dengan kucing dia, malangnya sehari sahaja di rumahnya kucing saya hilang.
"Sudah tiga malam mencari masih tak jumpa, saya sudah anggap kucing itu macam anak saya sendiri, mana boleh diganti dengan kucing lain," ujarnya.
Rita diminta mengulas tentang kucingnya yang hilang sejak Khamis lalu.
Kucing Rita dipinjam seorang kenalan untuk proses pembiakan.
Dalam pada itu, Rita menganggap kenalan yang meminjam Pekan perlu bertanggungjawab dalam proses mencari kucing itu.
"Dia cuai dan tidak jaga dengan betul sehingga boleh terlepas. Saya pun pernah buat matting dengan kucing orang tapi saya jaga betul betul tak bagi terlepas.
"Dia perlu bertanggungjawab tak boleh lepas tangan. Jangan senang-senang cakap nak ganti balik dengan anak kucing dia.
"Sudah dua malam saya dan sahabat-sahabat datang jauh ke Semenyih untuk cari Pekan," ujarnya.
Dalam pada itu, Rita turut merayu penduduk Semenyih yang ternampak atau terambil kucing tersebut agar memulangkan kepadanya semula.
"Hanya pecinta kucing sahaja tahu perasaan saya, kucing ni macam anak, logik ke orang nak ganti dengan anak lain," ujarnya.