Amelina sindir bekas suami menerusi lagu




Amelina menjelaskan lagu ini secara sinis ditujukan kepada bekas suami dan juga semua lelaki lain.

Penyanyi Amelina mengakui single terbaharunya yang berjudul Janda Anak Enam ditujukan kepada bekas suaminya, Reduan Madmood.

Amelina atau nama sebenarnya, Norazlina Amir Sharipuddin, 45, berkata, lagu berentak dangdut tersebut berkisar tentang kehidupan zaman jandanya selama lima tahun.

“Lagu ini secara sinis ditujukan kepada bekas suami dan juga semua lelaki lain.

“Dalam erti kata lain, saya mewakili suara wanita berstatus ibu tunggal lain yang perlu mengharungi hidup tanpa kehadiran suami di sini,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambara drama bersiri Patah Sayap Bertongkat Paruh di sini semalam.



Hasil perkahwinan bersama Reduan, Amelina dikurniakan enam orang anak iaitu Puteri Nur’ Athirah, 18, Putera Al’ Affiq, 17, Putera Al’ Asyraff, 16, Puteri Nur’ Asyurah, 14, Putera Al’ Arffa, 12, dan Putera Al’ Amzar, 9.

Dalam pada itu, Amelina menambah, lagu ciptaan Kucing Manja itu mendapat sambutan yang baik dalam kalangan peminat.

“Alhamdulillah, baru sebulan dilancarkan di YouTube, lagu tersebut meraih tontonan sebanyak 159,000 tontonan.

“Saya berasa sangat berbedar hati dengan sambutan yang diberikan. Insya-Allah, album penuh bakal menyusul,” katanya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post