Almy Nadia dapat anak perempuan ketiga




Almy selamat melahirkan anak perempuan ketiganya di sebuah pusat perubatan swasta hasil perkongsian hidup bersama Fizz malam semalam.

Pelakon, Datin Almy Nadia, selamat melahirkan anak perempuan ketiganya di sebuah pusat perubatan swasta hasil perkongsian hidup bersama aktor, Datuk Fizz Fairuz malam semalam.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminudin Shah, 32, memberitahu berita gembira tersebut menerusi laman Instagramnya.

“Alhamdulillah, saya selamat bersalin bayi perempuan seberat 3.31 kilogram (kg) secara normal.

“Terima kasih di atas doa anda semua sepanjang saya hamil sehingga selamat melahirkan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” tulisnya lagi.

Sebelum ini, Almy pernah meluahkan rasa gusar dengan kemungkinan tidak dapat bersalin secara normal kerana kedudukan bayi yang songsang pada minggu ke-36 kehamilan.

Almy dan Fizz yang mendirikan rumah tangga pada 2014 memiliki dua orang anak, Nur Afrina Arianna, 3, Nur Afrina Aurora, 2, dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 9. - K! ONLINE

Post a Comment

Previous Post Next Post