Neelofa menginap di The Muruka atas undangan Conrad Hotels




Neelofa ketika pelancaran Lofarbag Mini di Butik Naelofar LUXE hari ini dan gambar kiri ketika percutian di The Muraka baru-baru ini.

Percutian Neelofa ke Maldives baru-baru ini adalah bertujuan memenuhi undangan jenama hotel tersohor dunia, Conrad Hotels bagi menjayakan projek video khas kelolaan mereka.

Neelofa, 29, berkata, dia menerima undangan tersebut beberapa bulan yang lalu oleh sebuah syarikat produksi yang berpangkalan di Singapura.

“Sepanjang berada di sana, ada beberapa aktiviti dirakamkan sekitar pantai dan hotel The Muraka untuk tujuan promosi oleh pihak Conrad Hotels.

“Tidak hanya saya, ada beberapa individu lain dari Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah turut terlibat dalam projek ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Lofarbag Mini di Butik Naelofar LUXE di sini tengah hari tadi.

Zalora (MY): Lofarbag mini bag inspired by Neelofa https://goo.gl/R17MKp

Menurut Neelofa, dia sepatutnya berada di sana selama dua hari sahaja.

Namun, disebabkan ingin berehat, pengacara MeleTOP itu menyambung percutian selama dua hari lagi.

Terdahulu, Neelofa menerusi kemas kini Instagramnya memberitahu bahawa bilik kaca bawah laut The Muraka yang didiaminya bernilai sekitar AS$50,000 (RM200,000) untuk satu malam.

Sejurus selepas kemas kini tersebut diterbitkan, ramai yang meninggalkan komen berbaur kecaman kerana percutian tersebut dianggap sebagai satu pembaziran.

Hakikatnya, percutian tersebut merupakan kolaborasi antara pihak hotel dan Neelofa.

Post a Comment

Previous Post Next Post