Maaf, ia melampau: Fazley Yaakob tegur Aliff Syukri




Penyanyi dan Chef Selebriti, Datuk Fazley Yaakob menyifatkan strategi pemasaran Datuk Aliff Syukri adalah melampau.

Menurut, penyanyi Wo Ai De Ni itu, pelbagai cara lebih manis lagi boleh digunakan untuk memasarkan produk usahawan tersebut.

"Maaf.. its too much jika sekadar untuk marketing. Banyak lagi cara untuk menjual jenama, bukan menggunakan perkataan berbaur racist terhadap warna kulit seseorang, melabelkan wajah seseorang sebagai kurang sempurna, apatah lagi meletakkan foundation dengan tangan untuk ‘mencantikkan’ seseorang di sebuah program yang begitu ramai pengikutnya," tulis Fazley di Instagram miliknya.

Dalam masa sama, Fazley berkata, tidak kurang juga masyarakat yang dilihat seakan mendorong cara Aliff itu dan beliau berharap usahawan berkenaan dapat pertimbangkan semula strateginya.

"Memalukan juga buat penonton yang turut sama ketawa lucu melihatnya. Haih.. apa nak jadi orang-orang kita ya?

"Selaku seorang yang berpengaruh, mohon fikir semula bahawa ramai anak-anak yang menonton, ramai mak ayah yang menonton, ramai manusia yang akan ingat sampai bila-bila.

"Marketing harus bijak.. bukan jumud dan melulu! Kaya tak menjamin adab, kaya juga tak menjamin kebijaksanaan," tulisnya lagi.

Tambah Fazley lagi, Aliff sebaiknya memohon maaf sebelum perkara yang tidak diingini terjadi.

"Seeloknya permohonan maaf harus di usahakan, sebelum bara menjadi api besar yang terus menelan maruah dan membakar punca rezeki ‘downliners’ yang turut terkena tempiasnya!

"Atau mungkin saya seorang yang rasa sebegini?" Akhirinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post