Jay Iswazir pernah patah hati, terfikir nak ubah wajah




Pelakon, Jay Iswazir berkata dia pernah terfikir untuk mengubah wajahnya dek kerana memiliki parut.

Bercakap kepada Sinar Harian, Pelakon Lelaki Terbaik Drama menerusi Aku Nazmi itu, berkata, perkara tersebut membuatkan dia kurang keyakinan diri.

"Terus terang saya ada terfikir untuk berbuat demikian, namun tidaklah sampai ke tahap ekstrem.

"Cabaran itu datang selepas menyertai pertandingan realiti Pilih Kasih musim kedua. Ketika itu juga saya sangat berusaha keras.

"Hampir sepuluh tahun, banyak peluang saya tak habis terokai lagi sebab terlalu merendah diri," ujarnya jujur.

Walau bagaimanapun, Jay yang mempunyai sokongan kuat daripada kalangan orang-orang industri membuatkan dia bangkit.

"Dua ke tiga bulan ini saya bersyukur kerana ditemukan dengan ramai orang berpengalaman untuk keluar dari zon kurang keyakinan diri.

"Saya juga berterima kasih dengan Azhan Rani kerana beliau telah membawa saya ke dalam industri ini, tak lupa juga Nazmi Kamarudin serta Datuk Rosyam Nor kerana mempercayai bakat saya.

"Saya juga pernah patah hati... pun begitu, paling penting restu mak saya. Alhamdulillah, akhirnya dapat buktikan kepada mak saya. Saya buat betul-betul, ini adalah hidup saya.

"Kepada mereka yang gagal harap ini menjadi inspirasi kepada mereka," katanya sebak.

Post a Comment

Previous Post Next Post