Joe Flizzow Artis Terbaik Asia Tenggara




Penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow memenangi kategori Artis Terbaik Asia Tenggara untuk Anugerah Muzik Eropah MTV 2018 yang berlangsung pada di Bizkaia Arena, Barakaldo, Basque Country, Sepanyol.

Penyanyi Rap berusia 38 tahun itu mengalahkan penyanyi Afgan (Indonesia), IV of Spades (Filipina), Minh Hang (Vietnam), Slot Machine (Thailand), The Sam Willows (Singapura) dan Twopee Southside (Thailand).

Melalui perkongsian di IG miliknya, Joe telah memuat naik sebuah video beserta ucapan buat tatapan umum dengan kapsyen hari ini dalam sejarah, untukmu, Malaysia dan terima kasih Semua.

"Saya ingin mendedikasikan anugerah ini kepada semua peminat dan rakan-rakan saya di Malaysia.

"Saya percaya ini akan menunjukkan bahawa walaupun kita kecil dalam jumlah, apabila kita bersama-sama bersatu, kita dapat mencapai banyak perkara," kata Flizzow, yang berada di Sepanyol untuk majlis anugerah tersebut, dalam mesej video yang dirakamkan di laman Instagramnya.

Joe Flizzow bermula sebagai ahli hip hop bersama Too Phat pada akhir 1990-an.

Lagu Apa Khabar mencatat sejarahnya sebagai lagu hip-hop pertama untuk memenangi Lagu Terbaik di pertandingan lagu tahunan berprestij, Anugerah Juara Lagu.

Pemenang Artis Terbaik Asia Tenggara ditentukan dengan mengundi di www.mtvema.com.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dengan kejayaan penyanyi itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post