Hafreez Adam fikir soal kahwin tahun depan

\



Pelakon, Hafreez Adam, 28, meletakkan sasaran tahun hadapan sebagai masa yang sesuai untuk memikirkan soal rumah tangga dengan kekasih hatinya, Zara Zya.

Hafreez atau nama lengkapnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan berkata, dia tidak mahu tergesa-gesa memikirkan perkara tersebut memandangkan jadual kerjanya dan Zara sangat padat sehingga awal Januari depan.

“Kami telah bertemu dengan keluarga masing-masing dan sejujurnya, ibu bapa kami juga tidak mendesak supaya kami cepat bernikah.

“Cuma, perkahwinan adalah satu perkara yang sangat besar dan kami cuba untuk mengaturnya dengan baik. Insya-Allah, pada tahun depan, saya dan Zara akan mula berfikir untuk ke fasa seterusnya,” ujar Hafreez ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Hafreez diminta untuk mengulas mengenai gambar cincin pemberiannya yang dimuat naik oleh pelakon wanita berusia 33 tahun itu di Instagram kelmarin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Dalam pada itu, Hafreez berkata, cincin berkenaan bukanlah cincin lamaran. Sebaliknya, ia diberi sebagai hadiah untuk Zara yang menyambut hari lahir ke-33 pada 22 Oktober lalu.

“Saya sengaja memilih cincin sebagai hadiah hari jadi kerana dia memang mencari cincin untuk dipakai sebagai perhiasan,” katanya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post