Awie kecewa wang bonus Hantu Kak Limah




Pelakon utama filem Hantu Kak Limah, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Azhar Othman, 50, melahirkan rasa kecewa dengan wang bonus yang diterima walaupun filem berkenaan berjaya meraih kutipan sebanyak RM38 juta.

Awie menjelaskan, jumlah yang diterima daripada penerbit, Infinitus tidak setimpal dengan usaha pelakon dan juga sumbangan yang dilakukan oleh pekerja belakang tabir.

“Sejujurnya, memang saya berasa kecewa dengan wang bonus yang diberikan. Bukan tidak mahu bersyukur, tetapi ia tidak setimpal dan dilihat sebagai mengambil kesempatan terhadap keuntungan filem berkenaan.

“Tidak hanya saya seorang, malah pelakon lain dan kru juga mendapat bonus yang sangat sedikit,” katanya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Konsert GIG 2018 di Hotel Tenera, di sini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Awie tidak menolak untuk berlakon dalam sekuel Hantu Kak Limah pada masa akan datang dengan syarat filem berkenaan bukan diterbitkan di bawah syarikat produksi yang sama.

“Saya tidak kisah untuk berlakon dengan Mamat Khalid jika filem seterusnya diterbitkan oleh syarikat lain,” katanya lagi.

Post a Comment

Previous Post Next Post