Aedy Ashraf Muat naik foto terbaru, timbul persoalan netizen




Pelakon kacak, Aedy Ashraf yang mula menjadi tumpuan para peminat, selain kerana memiliki paras rupa yang menarik, lakonan terbarunya dalam drama bersiri Cinta Tiada Ganti sebagai watak Mukhriz amat berkesan dan dipuji oleh penonton setia drama berkenaan.

Terbaru, Aedy ada memuat naik foto terbaru bersama kereta jenis Haval di laman Instagram (IG) miliknya. Bagaimanapun, ia menimbulkan sedikit kontroversi apabila ‘censored’ pada sebahagian kakinya dalam foto tersebut.

Perkara tersebut mencetuskan banyak persoalan dalam kalangan netizen.

Sebelum ini juga, Aedy pernah dikecam kerana memuat naik foto badannya yang menyerupai tatu semasa di Bali.

Jadi mereka mengandaikan Aedy telah membuat perkara yang sama pada kakinya juga.

"Belanja gambar kereta ke?," tulis adibfuzai.

"Awak buat tatu dekat kaki... ha ha ha," tulis dvnil.hvfrzU

"kat badan pun ada juga," tulis fiffysallehfs.

"Apahal buat kabur di... ," tulis adni_nur_raisha2014.

Namun begitu, bagi peminat setia pelakon kacak itu, tidak mempedulikan perkara tersebut dan turut meninggalkan komen positif dengan pujian terhadapnya.

"InsyaAllah... semoga @aedyxashraf selalu dibawah lindungan ALLAH (S.W.T) dan dijauhi dari segala fitnah...aminnn. Semoga maju jaya buat Aedy," tulis suebakeryhouse.

"InsyaAllah, amin... semoga Aedy @aedyxashraf berjaya di dunia dan akhirat. Kita semua doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik untuk Aedy. Jadi cakap pun kenelah baik-baik jugakan," tulis u_ashikin.

"Kami harap dia kaburkan gambar itu bukan sebab tatu. Kami tahu dia seorang yang kuat. Daripda fitnah orang, baik kita doakan sahajalah," tulis aisyahgrg.

Post a Comment

Previous Post Next Post