Remy Ishak, Nabil Ahmad menang anugerah di Cannes




Pelakon Remy Ishak diumumkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik menerusi siri original Dosa pada Asian Academy Creative Awards (AAA) yang diadakan pada MIPCOM, di Cannes, Perancis pada Isnin lalu.

Selain anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, siri Dosa turut membawa pulang dua lagi anugerah iaitu Sinematografi Terbaik yang diberikan kepada Yadi Sugandi dan Suntingan Terbaik (Andhy Pulung).

Sementara itu, pengacara Nabil Ahmad turut dinobatkan sebagai Pengacara/Hos Terbaik menerusi program nyanyian popular, Gegar Vaganza musim keempat.

Menerusi kemenangan tersebut, Astro akan mewakili Malaysia bagi merebut trofi emas AAA di Malam Anugerah Gala Akhir yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada 6 dan 7 Disember depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post