
Anak kepada pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana dimasukkan ke hospital sejak Ahad lalu gara-gara mengalami jangkitan kuman dan demam.
Aaisyah yang bakal menyambut ulang tahun keempatnya pada 1 November ini menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Damansara.
"Hampir masuk usia empat tahun, ini kali pertama Aaisyah deman dan ditahan di wad.
"Doakan Aaisyah cepat sembuh ya," tulis Cheta menerusi akaun Instagramnya anaknya itu, @aaisyahdhiarana111.