Aishah, Vida enggan komen dakwaan sengketa bakal berakhir




Penyanyi Aishah menyatakan dia akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat berhubung dakwaan kemelut yang melanda dirinya dengan pengusaha kosmetik, Datuk Seri Vida bakal selesai.

Difahamkan, dua tuntutan penyanyi Janji Manismu itu yang dibuat pada 5 Oktober lalu telah diterima oleh Vida.

"Minta maaf, buat masa ini masih ada beberapa perbincangan akhir sedang dilakukan. Saya sendiri pun masih menunggu berita daripada peguam.

"Tunggu nanti kami akan buat kenyataan rasmi dalam masa terdekat," katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Sementara itu, Vida ketika dihubungi juga enggan memberi komen terhadap perkara itu tetapi berharap agar kesudahan kemelut itu berakhir dengan baik.

"Saya serahkan semuanya kepada peguam. Sebab isu ini telah menjadi virus kepada bisnes saya. Jadi saya tidak mahu cakap banyak sebab orang takkan faham.

"Tunggu sahajalah keputusan yang terbaik nanti. Sebab tamparan paling hebat untuk saya lalui akibat isu ini adalah ia mengambil masa lama untuk pulihkan segala-galanya," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post