Zizan Razak sindir siapa di Instagram?


Jumaat lalu, pendakwah muda Da’i Wan memuat naik status di laman Instagramnya menegur pelawak Johan dan Zizan Razak yang dikatakan tidak menghormati ilmu agama disampaikan PU Azman dalam program Jozan Live.

Bagaimanapun, Zizan menerusi laman Instagramnya ada memuat naik status bersama hashtag justrap.

“Ikot tegur cara kamu atau tegur cara Rasul lagi halus lagi salute lagi cinta sayang kamu. Kejar likes kejar viral biar tahu tatasusila masih tahu duduk bersila.”

Meskipun tidak ditujukan kepada sesiapa, namun kebanyakan komen seolah-olah mengaitkan status tersebut dengan kontroversi teguran Da’i Wan dan netizen turut bersetuju dengan tindakan pendakwah tersebut.



Susulan daripada itu, ramai pengikut Zizan menasihatinya supaya lebih merendah diri dan menerima teguran dengan hati terbuka.

“Belajarlah merendah diri memohon maaf. Terima teguran dan itu lebih baik.”

“Terimalah teguran tu dengan hati yang terbuka Zizan. Orang tegur sebab orang sayang kat ko.”

Post a Comment

Previous Post Next Post