Julia Farhana hampir jadi mangsa gangguan seksual


Julia Farhana Marin, 26, memberitahu, kejadian yang berlaku pada tiga tahun lalu itu melibatkan dirinya dengan seorang pengarah dan penerbit daripada sebuah produksi terkenal.

Pelakon Julia Farhana mengakui pernah berhadapan dengan pengalami pahit apabila hampir menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pengarah ketika sedang menghadiri sesi uji bakat.

Julia atau nama lengkapnya, Julia Farhana Marin, 26, memberitahu, kejadian yang berlaku pada tiga tahun lalu itu melibatkan dirinya dengan seorang pengarah dan penerbit daripada sebuah produksi terkenal.

Katanya, susulan daripada insiden tersebut, pelakon filem Raja Kapcai itu mengalami kesan trauma dan takut untuk menghadiri sesi uji bakat sendirian tanpa ditemani sesiapa.

"Ketika kejadian, saya diminta untuk melakonkan watak sebagai wanita gedik dan menggoda oleh seorang pengarah serta melakukannya di hadapan dinding.

"Namun, pengarah mengatakan saya tidak faham arahan. Sebaliknya, dia meminta saya untuk menggoda dan menyuntuhnya ketika melakukan uji bakat tersebut.

"Saya tidak menyangka pengarah tersebut sanggup melakukan perkara tersebut manakala penerbit berkenaan hanya duduk sambil memerhatikan sahaja," katanya yang ditemui di Majlis Pelancaran Tiga Drama Bersiri Original Viu di sini petang tadi.



Julia juga kecewa dengan sikap pengarah berkenaan dan berasa seperti maruahnya diletakkan pada tahap paling rendah.

"Ia satu kejadian memalukan dan membuatkan saya lebih berjaga-jaga untuk ke uji bakat dan mengetahui secara terperinci individu yang terlibat dalam sesi terbabit," jelasnya.

Mengulas lanjut, pelakon drama rantaian Asam Pedas Untuk Dia itu juga menasihati agar setiap pelakon baharu yang ingin hadir ke sesi uji bakat perlu ditenami oleh seseorang

"Saya menyarankan kepada semua pelakon baharu khususnya wanita agar membawa sama teman atau ahli keluarga untuk menemani ke sesi uji bakat," ujar Julia.

Julia kini bakal muncul dengan drama rantaian bertajuk Salon bermula 17 September hadapan menerusi saluran NTV7 dan portal video digital, Viu.

Post a Comment

Previous Post Next Post