Hazama Emosi saya terganggu


Penyanyi, Hazama, 33, mengakui dia mengalami gangguan emosi kerana memerlukannya menangis hampir setiap hari.

Jelas Juara Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) ini, hal itu kerana dia terlibat dalam sebuah drama bersiri 13 episod yang mana Hazama terlalu mendalami watak tersebut.



"Watak yang saya pegang sebenarnya agak berat, saya perlu menangis hampir setiap hari.



"Selepas pengambaran saya rasa down, terus terang saya katakan emosi saya terganggu.

"Saya bukan pelakon profesional, sebab itu mudah terbawa-bawa watak hingga ke luar set. Lebih-lebih lagi kisah dalam drama itu seperti ada persamaan dengan kehidupan seharian," katanya kepada mStar Online.

Post a Comment

Previous Post Next Post