Hairul Azreen, Ammar Alfian dipanggil Esscom


Pelakon, Hairul & Ammar

Kedua-dua pelakon Filem Paskal iaitu Hairul Azreen dan Ammar Alfian akan dipanggil oleh pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dalam masa terdekat ini.

Ia berhubung isu kenyataan Hairul dan Ammar yang mendakwa mereka hampir menjadi mangsa culik lanun ketika penggambaran itu di perairan Semporna.

Memetik laporan melalui portal akhbar lain, Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, kenyataan kedua-dua pelakon terbabit akan dirakamkan di Ibu Pejabat Esscom di Lahad Datu.



"Esscom akan memanggil kedua-dua pelakon itu untuk rakam keterangan mereka dalam masa terdekat ini di Ibu Pejabat Esscom," katanya.

Sebelum ini Hazani turut menyifatkan tindakan mereka itu tidak berasas dan hanya publisiti murahan.

Tambah Hazani lagi, setakat ini rekod menunjukkan tidak ada sebarang kejadian cubaan culik atau penculikan berlaku sepanjang tahun 2017 dan 2018 (di pantai timur Sabah).

Post a Comment

Previous Post Next Post