34 pemancar MYTV seluruh negara kini


MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV) menyiapkan 34 pemancar TV terrestrial digital dengan liputan siarannya di kawasan berpenduduk di seluruh negara mencapai 93 peratus setakat Julai lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith berkata MYTV yang dilantik kerajaan dan SKMM pada April 2014 sebagai pemegang lesen penyedia rangkaian infrastruktur bagi perkhidmatan penyiaran TV terrestrial digital di negara ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan projek ini melalui inisiatif pembiayaan swasta atau Private Funding Intiative (PFI).

"Oleh yang demikian, setakat ini pihak kementerian tidak menanggung apa-apa kos bagi pembinaan infrastruktur platform TV terrestrial digital dalam meningkatkan mutu penyiaran MYTV.



"Penyiaran TV terrestrial digital ini tidak akan dihentikan memandangkan ia projek yang dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kerajaan dan rakyat," katanya.

Beliau menjawab soalah Senator Sopiah Sharif mengenai perkhidmatan siaran MYTV termasuk kos yang ditanggung setakat ini. -

Post a Comment

Previous Post Next Post