Aziz M Osman timang anak merdeka


Penerbit dan pengarah filem Aziz M Osman dan isteri selamat menimang anak keduanya, sekitar pukul 10.23 malam, semalam.

Berita itu disahkan sendiri oleh pelakon filem XX Ray ini menerusi akaun Instagramnya kira-kira 10.30 pagi tadi.

"31 Ogos 2018 10.23 pm... Alhamdulillah," coretnya ringkas pada gambar yang memaparkan wajah isteri dan cahaya matanya.

Hasil perkongsian itu, Aziz dihujani doa buat keluarga mereka dan kepada isteri semoga selamat menjalani proses berpantang.

Tidak kurang juga rakan artis yang turut menzahirkan ucapan tahniah. Antaranya, Ungku Hariz, Adam Corrie, Bade Hj Azmi, Wan Raja dan ramai lagi.



Untuk rekod, hasil perkongsian hidup Aziz dengan isterinya, Puteri Lily Lokman yang dikahwininya pada 2010 dikurniakan seorang zuriat perempuan, Puteri Nur Azzahra atau lebih mesra disapa Ara Aziz.

Selain itu, Aziz turut dikurniakan enam cahaya mata menerusi tiga perkahwinan sebelum ini.

Post a Comment

Previous Post Next Post