Faizal Tahir Ragaman guna lirik bahasa pasar


Penyanyi, komposer dan penerbit tersohor Faizal Tahir menampilkan sisi berbezanya dalam single terbaru ‘Ragaman’. Bukan sahaja dari segi gubahan muzik malah dari segi genre yang mempunyai elemen reggae serta penyampaian.

‘Ragaman’ menceritakan tentang kisah seorang suami yang sabar melayani kerenah isteri yang bermacam-macam ragam.

Gandingan trio komposer Faizal Tahir, Mike Chan dan Romeo yang sentiasa tampil dengan idea segar, sekali lagi memberi sentuhan magis mereka menerusi ‘Ragaman’.

Gubahan muzik yang menggabungkan elemen reggae dan nuansa pop 60an telah menjadikan lagu ini suatu sajian muzik yang mempunyai tarikan tersendiri daripada karya-karya yang berada di pasaran muzik masa kini.



Lebih menarik lagi apabila liriknya menggunakan bahasa ‘pasar’ yang diselitkan unsur jenaka menjadikan lagu ini kedengaran lebih santai dan ceria. Paling istimewa, Faizal menyelitkan suara emas anak-anaknya sendiri dalam lagu ini.

“Lagu ini menawarkan sisi berbeza saya, kalau sebelum ini lagu-lagu ciptaan saya mengangkat tema yang lebih serius tapi dalam Ragaman, saya menggunakan tema yang lebih santai dan ‘relatable’ dengan pendengar.

"Bukan ‘feel’ dan ‘mood’ lagu saja yang berbeza malah cara penyampaian pun ada kelainannya apabila ia dinyanyikan dalam gaya teaterikal,” kata Faizal.

Single ini diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.


Post a Comment

Previous Post Next Post