Elfira Loy bertunang? Sufian Suhaimi ucap tahniah


Hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pelakon, Elfira Loy yang telah bertunang dengan jejaka pilihannya, semalam.

Difahamkan majlis merisik sekali gus bertunang itu berlangsung sekitar pukul 10 pagi di Alam Damai yang mana hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.

Menguatkan lagi perkhabaran itu, Elfira ada memuat naik gambar berbentuk 'hati' di Instastory, awal pagi Ahad.

Malah sebelum ini, Elfira, 24, pernah berkongsi momen manis bersama jejaka itu beserta kapsyen berbunyi, "Buang kebencian , lahirlah kebahagiaan," tulisnya.

Sementara itu, melaporkan bekas tunang Elfira, iaitu Sufian Suhaimi mengucapkan tahniah jika berita yang tersebar ini benar.




"Saya tidak tahu, terima kasih tentang info itu. Saya ucapkan tahniah.

"Semoga bahagia sampai syurga," katanya ringkas.

Sebelum ini, Elfira pernah bertunang dengan Sufian Suhaimi pada 6 Oktober tahun lalu dalam sebuah majlis pertunangan besar-besaran, namun berakhir pada 18 Februari lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post