Cardi B lempar kasut kepada Nicki Minaj


Baru-baru ini, penyanyi rap Nicki Minaj dan Cardi B menyebabkan Minggu Fesyen New York panas. Ini kerana, Minaj dan Cardi B dikatakan bergaduh di depan khalayak ramai.

Malah, portal hiburan E! News berjaya merakam aksi pergaduhan mereka selepas acara berkenaan selesai.

Cardi B yang menggayakan busana berwarna merah didakwa mendekati Minaj dan kemudiannya melemparkan kasut yang dipakai kepada wanita itu.



Bagaimanapun, pergaduhan tersebut tidak berlangsung lama selepas mereka dileraikan oleh pengawal keselamatan.

Sementara itu, menerusi portal Variety, Cardi dikatakan berang dengan Minaj kerana berasakan wanita itu cuba menghasut pemuzik lain untuk tidak berkolaborasi dengannya. Malah, Cardi juga menganggap single terbaharu Minaj iaitu Queen of Rap adalah sebuah sindiran untuknya.



Post a Comment

Previous Post Next Post