Doktor menyarankan Aiman Tino terus mendapat rawatan sekitar dua atau tiga hari sebelum dibenarkan pulang ke rumah.
Penyanyi popular menerusi lagu Ku Rela Dibenci memohon maaf kerana terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.
Aiman telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Rawang, Selangor sejak Selasa lalu akibat masalah radang usus.
Menurut Aiman atau Mohammad Aiman Yusry, 20, kira-kira tiga tawaran persembahan sekitar Kuala Lumpur dan Johor terpaksa ditolaknya.
“Saya memohon maaf kerana tahap kesihatan tidak mengizinkan. Saya mengharapkan agar kalian dapat mendoakan yang terbaik kelak.
“Saya juga sudah tidak sabar untuk menjalani kehidupan seperti biasa termasuk melakukan aktiviti seni untuk menghiburkan peminat,” kata Aiman ketika dihubungi Kosmo! Online di sini semalam.
Mengulas lanjut, Aiman memberitahu, selepas melakukan pemeriksaan endoskopi (memasukkan kamera ke dalam usus) semalam, doktor mengenal pasti berlaku radang pada bahagian usus akibat jangkitan kuman.
Bagaimanapun, tiada sebarang komplikasi sebaliknya gangguan radang tersebut dipercayai dapat pulih dengan pengambilan ubat antibiotik.
Dalam pada itu, Aiman turut disarankan doktor agar tidak mengambil sebarang makanan pedas atau masam serta mengamalkan pengambilan makanan secara teratur