Sejak semalam kecoh di media sosial dengan penyebaran gambar bogel seorang remaja lelaki yang didakwa mirip anak sulung pelakon popular Rozita Che Wan iaitu Ammar Effendy.
Bagaimanapun, Che Ta memberitahu anaknya baru saja mengetahui tentang perkara tersebut dan pihaknya sudah pun membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.
“Ammar baru dapat tahu mengenai penyebaran gambar itu hari ini. Disebabkan itu, Ammar dan pengurus saya sudah buat laporan kepada pihak SKMM.
“Biarlah pihak bertanggungjawab menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas,” katanya.
Video Bogel Ammar Effendy, Anak Rozita Che Wan Tersebar
Menurut Che Ta lagi, dia sudah masak dengan kontroversi seperti itu sejak berkecimpung dalam industri hiburan tanah air 13 tahun lalu.
“Saya enggan ambil pusing kerana di era teknologi yang serba moden ini pelbagai benda boleh dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat,” katanya.
Terdahulu, dua keping gambar menunjukkan remaja lelaki hanya menutupi kemaluannya tanpa seurat benang berserta kepsyen, “Gambar nakal anak selebriti terkenal tersebar”, menjadi bualan ramai di laman Twitter .