Siti Aafiyah penyeri ulang tahun perkahwinan Siti Nurhaliza


Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi rasa terujanya meraikan hari ulang tahun perkahwinannya dan suami, Datuk Seri Khalid kali ini dengan kehadiran cahaya maya sulung mereka, Siti Aafiyah, 5 bulan.

Siti dan suami mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2006 dan menyambut ulang tahun perkahwinan ke-12 pada hari ini.

“Alhamdullillah, first time celebrating our 12th anniversary with little angel #sitiaafiyahkhalid,” tulis Siti ringkas, namun penuh makna.

Penyanyi Comel Pipi Merah ini juga turut berkongsi beberapa keeping foto terbaharunya bersama suami dan anak buat tatapan para peminat dan pengikutnya di laman Instagaram.



Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai, malah masing-masing berkongsi kegembiraan tersebut dengan memberikan pelbagai ucapan buat Siti dan keluarga, selain menitipkan doa agar kebahagiaan sentiasa menyebelahi penyanyi kesayangan ramai ini.

Dalam perkembangan lain, Siti kini sibuk menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap bersama Faizal Tahir untuk program Big Stage.

Post a Comment

Previous Post Next Post