Nourul Depp Ujian darah tidak tunjuk apa apa yang bahaya


Penyanyi Nourul Depp berdepan saat cemas apabila anak bongsunya, Raphael Depp, 3, secara tiba-tiba mendapat serangan penyakit sawan ketika berada di sebuah pusat membeli belah terkenal di ibu kota pada Isnin.

Nourul menerusi perkongsiannya di laman Instagram memberitahu, kejadian tersebut bukanlah pertama kali berlaku, namun serangan terbaharu ini di luar jangkaannya.

“Baru saja nak ke kereta di ruang legar Pavillion KL, Raphael kena seizure. Dari bahu saya, terus ke lantai sebab bila anak anak kena seizure, kena terbalik kan badan dan muka ke sisi supaya mereka boleh bernafas. Ini yang diajar doktor.

“Ini kali ketiga Raphael diserang sawan apabila suhu badan naik terlalu tinggi ketika demam.

@ayu_ace kali pertama tengok kejadian sebegini berlaku pada kanak-kanak. Memang sedikit terkejut,” ujar Nourul.

Bagaimanapun, jelas Nourul, anak lelakinya itu kini sudah stabil dan dalam keadaan yang baik selepas mendapat rawatan segera.


Anak Nourul Depp, Raphael Depp

Malah Raphael hanya ditahan di hospital selama satu malam sahaja sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

“Alhamdulillah #raphaeldepp is okay now. Selepas satu malam di hospital. Hanya viral fever dan sekarang sudah boleh pulang ke rumah selepas ujian darahnya tidak menunjukkan apa apa yang membahayakan. Hanya perlu monitor si kenit ni,” beritahu Nourul.

Dalam pada itu penyanyi yang baru sahaja tampil dengan album berbahasa Perancis ini turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada pihak pusat membeli belah terbabit yang pantas menghulurkan bantuan ketika kejadian tersebut berlaku.





“Kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada #paramedic di #pavillionKL dan juga Security Team nya yang sangat sangat pantas bertindak membantu kami apabila melihat kami di dalam kecemasan.

“Terima kasih semua yang mungkin saya tak perasan yang berada di sekeliling kami melihat semalam kejadian yang merunsingkan semua orang yang lalu lalang di situ,” luahnya.

Menurut Nourul lagi, kejadian tersebut memberi pengajaran buatnya agar lebih peka dan pantas bertindak apabila anak demam.

“Ini sudah menjadi biasa kepada kami. Pengajarannya semalam (Isnin), saya harus lebih pantas bertindak seberapa segera apabila raphael kena demam,” katanya.

Nourul mendirikan rumah tangga dengan suami, Eric Daniel Depp, seorang perunding kesihatan dari Perancis pada 6 Jun 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Zachary Depp, 5, dan Rapahel Depp, 3. Manakala dari perkahwinan terdahulu, Ayu Nazirah, 20.

Post a Comment

Previous Post Next Post