Mia Ahmad jelaskan mengenai seluar jean


Pelakon Mia Ahmad berkata dia sudah penat untuk menjelaskan kepada netizen berhubung pemakaian hamilnya yang dikatakan tidak sesuai kerana berseluar jean.

Menurut Mia dalam laporan, sekarang ini terdapat pelbagai jenis pemakaian untuk wanita yang hamil di pasaran.

"Penat nak jelaskan banyak kali apa itu maternity outfit (pakaian orang mengandung).

"Saya faham ada yang prihatin tapi macam mana pula kita ni nak faham sejenis individu yang tidak buat kajian main nak kritik sahaja.

"Baju dan seluar untuk wanita hamil dah banyak dijual di pasaran tapi masih ada juga yang tak tahu," katanya.

Pun begitu, Mia Ahmad atau Samihah Ahmad Baderi menegaskan pemakaiannya itu tidak memberikan kesan buruk kepada kandungannya yang kini berusia sembilan bulan.





"Mereka tegur kata nanti bayi saya lemas dalam perut kalau pakai macam tu.

"Mula-mula saya biarkan sahaja malas nak layan kerana kadang-kadang emosi kita yang tengah hamil ni tak stabil.

"Tapi saya rasa kena tegur dan dalam masa yang sama ramai juga ibu-ibu yang sedang hamil bertanya tentang baju-baju dan seluar yang saya pakai itu," ujarnya.

Mia, 29, berkahwin dengan penjaga gol bola sepak pasukan JDT iaitu Izham Tarmizi Roslan, 26, pafa 13 Januari 2016 di Taiping, Perak.

Post a Comment

Previous Post Next Post