Mawar Rashid tak sabar jadi ibu


Pelakon Mawar Rashid,23, mengesahkan dirinya kini hamil anak sulung.

Mawar yang dikenali menerusi drama bersiri Suamiku Paling Sweet itu, dia dan suaminya teruja menyambut berita kehamilannya itu.

"Alhamdulillah, usia kandungan kini sudah mencecah dua bulan. Doakan semoga kandungan ini berada dalam keadaan baik dan dipermudahkan urusannya.

"Saya belum tahu jantina bayi tetapi yang penting, bayi yang akan dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya. Keluarga saya dan suami akan bertambah,”€ katanya.





Mawar turut berkongsi berita kehamilannya itu menerusi laman Instagram miliknya, hari ini.

Pelakon itu turut dihujani ucapan tahniah daripada ramai pengikut laman Instagram miliknya termasuk artis tempatan.

Mawar dan pasangannya yang juga pelakon, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob melangsungkan pernikahan di Kuala Lumpur pada 9 November tahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post