Mat Sentul Doakan kesihatan saya


Pelakon veteran, Mat Sentul, 85, ditahan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sejak Isnin lalu akibat strok haba.

Pelakon yang cukup dikenali menerusi watak komedi ini masih lagi dalam rawatan dan memohon agar para peminat mendoakan kesejahteraan diri dan kesihatannya agar dapat pulang berehat bersama keluarga di kediaman mereka di Larkin.

Mat Sentul atau nama sebenarnya, Abdul Rasip Yahya bagaimanapun memaklumkan dia kini dalam keadaan yang baik, cuma sedikit keletihan.

“Pastinya saya mahu peminat mendoakan untuk kesihatan saya, agar saya boleh pulang le rumah,” katanya ditemui pemberita di HSA, sebagaimana yang dialaporkan sebuah akhbar.





Difahamkan Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair, Datuk DJ Dave turut hadir menziarah pelakon ini di HSA.

Dalam pada itu, anaknya, Roslee Rashid, 57, memaklumkan sebelum itu bapanya pernah dimasukkan ke HSA pada 30 Julai dan dibenarkan keluar pada 2 Ogos lalu.

“Ketika itu beliau dimasukkan ke hospital juga kerana strok haba.

“Selain itu beliau tidak mempunyai sebarang penyakit, beliau seorang yang aktif dan sering berjalan sekiranya berpeluang,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post