Kylie Jenner dapat hadiah kereta Rolls Royce


Kylie Jenner menunjukkan kereta Rolls Royce yang diterimanya.

Bertuahnya hidup bintang realiti Kylie Jenner. Sudahlah jutawan muda, kali ini dia menerima hadiah berupa sebuah kereta klasik mewah Rolls Royce keluaran sekitar tahun 1950-an daripada pasangannya yang juga penyanyi rap Travis Scott.

Pemberian istimewa tersebut sempena dengan ulang tahun kelahiran Kylie ke-21 yang jatuh pada tanggal 10 Ogos lalu.

Kereta klasik mewah berwarna putih berkenaan dianggarkan berharga antara AS$24,260 (RM99,107) hingga AS$298,791 (RM1.2 juta).





Scott 26, yang juga bapa kepada anak Kylie, Stormi, 6 bulan, turut membuat ucapan ulang tahun kelahiran Kylie dalam Instagram.

“Selamat ulang tahun Kylie. Saya sayang kamu sepenuh hati. Semoga Tuhan sentiasa memberkati kamu. Ini merupakan permulaan untuk kamu menjalani kehidupan yang lebih indah,” tulis penyanyi rap itu.

Dalam sebuah video yang dimuat naik Kylie di laman sosial Snapchat, selain kereta Rolls Royce berkenaan, terdapat juga ratusan kuntum bunga ros merah memenuhi halaman rumahnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post