Erma Fatima terbuka pendirian Umie Aida berkenaan poligami


Erma Fatima memberi komen mengenai Umie yang mengejutkan peminat apabila dia merelakan suaminya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berpoligami dalam satu entri di Facebook miliknya.

Pengarah Erma Fatima bersikap terbuka berhubung perkongsian adiknya, pelakon Datin Seri Umie Aida yang memberi lampu hijau kepada suaminya untuk berkahwin lain.

Terdahulu, pada Sabtu lalu, Umie menerusi laman sosial Facebook mengejutkan peminat apabila dia merelakan suaminya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan untuk berpoligami bagi mengelakkan sebarang perkara tidak elok berlaku.

“Dalam hal ini bukan saya menyokong atau tidak dengan kenyataannya, tetapi saya berkongsi berdasarkan pengalaman sendiri yang sebelum ini pernah bermadu.

“Jika Umie, suami dan bakal madunya boleh menerima antara satu sama lain, itu tidak mengapa. Urusan bermadu ini bukan hanya membabitkan seorang tetapi ia memerlukan kesepakatan semua,” katanya yang ditemui ketika sidang akhbar Peniagawati sempena minggu pertunjukan fesyen couture New York 2018 di sini sebentar tadi.





Dalam pada itu, pengarah drama rantaian Mak Cun itu turut mengingatkan agar adiknya mencari bakal madu yang boleh bertolak ansur serta tahu menghormati hak orang yang telah diambilnya.

“Carilah madu yang bukan seperti beruk dapat bunga. Bakal madu perlu sedar dia telah ambil suami orang, jadi dia perlu menghargai hak orang itu.

“Tidak boleh mementingkan diri sendiri dan bersikap makan seorang, Jika sikap begini ada, kehidupan bermadu tidak akan menjadi, “ tegasnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post