Diana Danielle realisasi impian


Pelakon dan penyanyi berdarah kacukan, Diana Danielle mengotakan impiannya untuk menaiki podium pada perlumbaan Toyota Gazoo Racing (TGR) musim kedua.

Menerusi perlumbaan yang diadakan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu, semalam, selebriti berusia 28 tahun itu menjuarai perlumbaan untuk hari pertama.

"Tempat pertama untuk perlumbaan satu Festivsl TGR. Alhamdulillah #Veronica15 (merujuk kepada kereta), kita berjaya sayang.

"Ada individu istimewa untuk saya berterima kasih. Tapi anda tahu anda siapa. Semoga ALLAH SWT merahmati kebaikan anda," tulisnya di Instagram.

Selain Diana, antara selebriti lain yang turut menyertai TGR adalah Aiman Tino, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Akim Ahmad dan Nabil Ahmad, Janna Nick, Wany Hasrita, Shawn Lee dan Syukri Yahaya.





Selepas ini, perlumbaan akan diadakan di MAEPS Serdang pada 19-21 Oktober; Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 22-24 Februari 2019 dan berakhir di Litar Antarabangsa Sepang pada 12-14 April 2019.

Sebelum ini, Diana berkata, misinya untuk musim kedua ini adalah untuk bergelar juara, biarpun dia pernah merasa untuk menaiki podium pada musim pertama.

"Bagi saya ia satu kepuasan apabila kita sudah mahir dengan sesuatu skill dan bila diberi peluang, saya mahu gunakan kesempatan untuk mantapkan diri lagi dan memenangi perlumbaan," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post