Gara-gara stroller bayi, pelakon Dazrin tidak dapat tidur malam. Ini kerana setiap malam itulah, selama tiga bulan dia akan diganggu.
Menurut Dazrin Kamarudin, 30, isterinya akan kejutkan dia daripada tidur semata-mata untuk menunjukkan beberapa jenis stroller bayi.
"Tapi saya pun tak ada pengalaman, masing-masing pun tak tahu mana nak cari dan jenis apa yang bagus.
"Jadi, saya pun mintalah pertolongan daripada kawan-kawan dan pengikut saya di media sosial.
"Sehinggalah satu hari, kami datang ke kedai ini dan saya berminat dengan stroller">strollernya yang bukan sahaja cantik tetapi selamat dan selesa untuk bayi. Ia juga sangat fleksibel," kata Dazrin.
Rezeki Dazrin apabila akhirnya dia telah ditawarkan sebagai duta untuk jangka masa setahun sekali gus merasmikan produk terbaharu jenama Egg stroller itu.