Daiyan Trisha tak niat bikin kecoh


Teka-teki beberapa keping gambar yang memperlihatkan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha dalam persalinan baju perkahwinan yang dimuat naik di Instagram sejak beberapa lalu akhirnya terjawab.

Bahkan ramai menyangkakan Daiyan akan berkahwin, lebih-lebih lagi dia turut meletakkan tarikh 19 Ogos 2018 pada tiga gambar yang dimuat naik seolah-olah memberi bayangan ia adalah tarikh dia bakal bergelar isteri.

Namun ada juga yang menganggap ia sekadar gimik untuk projek terbaharunya dan menerusi perkongsian di Instagramnya, selebriti berusia 24 tahun itu akhirnya memberitahu tarikh 19 Ogos 2018 sebenarnya adalah hari pelancaran single terbaharunya, Langit.

"Gambar itu sebenarnya adalah sampul single terbaharu saya, Langit yang mengangkat tentang meraikan cinta.

"Ketika kami menulis lagu ini, visi yang saya bayangkan adalah untuk majlis perkahwinan, ulang tahun, lamaran dan sebagainya.

"Saya mahu ia menjadi sebuah lagu yang orang boleh dedikasikan kepada cinta hati mereka. Justeru, ini konsep 'ketika hari perkahwinan'. Dengarkan lagu itu, ia dapat menjelaskan segala-galanya," tulisnya di Instagram.



Dalam pada itu, Daiyan berkata, dia langsung tidak berniat untuk mengelirukan mana-mana pihak termasuk keluarga, rakan dan wartawan berhubung gambar tersebut sehingga timbul salah faham.

"Terima kasih atas sokongan and semua dan bukanlah menjadi niat saya untuk menimbulkan kekecohan.

"Saya dengan rendah diri memohon maaf atas salah faham yang mungkin secara tidak sengaja menyebabkan serangan jantung (lol!)," jelasnya lagi.

Bercakap mengenai perkahwinan, Daiyan berkata, sebagai wanita dia turut menyimpan hasrat untuk bergelar seorang isteri pada masa hadapan.

Bagaimanapun katanya, ketika ini dia masih belum bertemu dengan calon sesuai dan meminta peminat mendoakannya bertemu jodoh suatu hari nanti.


Post a Comment

Previous Post Next Post