Baby Shima pengsan secara tiba-tiba


Peserta pertandingan realiti, Big Stage iaitu Baby Shima diberi rawatan awal selepas pengsan sebaik sahaja melakukan persembahan sebentar tadi.

Salah seorang peserta pertandingan realiti, Big Stage iaitu Baby Shima pengsan sebaik sahaja melakukan persembahan sebentar tadi.

Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli yang mendendangkan lagu Ku Tak Akan Bersuara dendangan asal Nike Ardila rebah sesudah menamatkan persembahan.

Keadaan menjadi kelam-kabut sehingga pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad memanggil pasukan perubatan dan menghentikan siaran yang berlangsung secara live tadi.

Bagaimanapun, selang beberapa minit, Alif memberitahu penonton penyanyi berusia 25 tahun itu kini berada dalam keadaan baik.





"Baby Shima kini berada dalam keadaan baik dan dia sudah sedarkan diri di belakang pentas. Ini bukan gimik dan semoga keadaan dia terus baik.

"Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada padu kepadanya," kata Alif ringkas.

Persembahan kini disambung semula sementara pihak media yang hadir masih tertanya-tanya punca utama mengapa penyanyi tersebut pengsan secara tiba-tiba.

Post a Comment

Previous Post Next Post