
Pengacara Awal Ashaari kembali membuka ruangan komen di laman Instagram miliknya semalam selepas menutup ruangan itu beberapa hari lalu.
Tindakan Awal berbuat demikian adalah untuk mengelakkan segelintir netizen meninggalkan komen-komen negatif di ruangan itu.
Terdahulu sebelum itu, gambar-gambar Awal ketika berada di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW 2018) telah dikecam dan mendapat komen negatif daripada netizen.
Segelintir daripada mereka mengkritik penampilan dan gaya Awal melakukan ‘catwalk’ di pentas peragaan yang dikatakan tidak begitu menjadi.
“I’ll be switching off comments on all my KLFW photos simply because I don’t want to give ‘some people’ the enjoyment of judging, bashing, and hating.
“Tou can go to other platforms where you belong. Thank you and have a nice day,” tulisnya.
Turut hadir bersama Awal hadir ke (KLFW 2018) adalah isterinya, Scha Alyahya. Pasangan ini sememangnya sering menarik perhatian umum. Malah ramai yang sentiasa menantikan fesyen yang digayakan oleh mereka.
