YB Izzah suka cara Caprice guna media sosial


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Yang Berhormat Nurul Izzah Anwar berkata dia menyukai jihad yang diperjuangkan oleh penyanyi rap, Caprice.

Menurut YB Izzah, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, telah menggunakan landasan media sosial itu dengan baik.

“Saya baru sahaja berjumpa dengan Caprice baru-baru ini dan melihat cara dia menggunakan media sosial dan bagaimana dia mengembangkan pendapat yang positif untuk memastikan kita terus berjihad dalam pendidikan," katanya.

Jelas YB Izzah ketika dijemput ke konti radio Hotfm untuk berkongsi pendapat mengenai penggunaan media sosial dalam masyarakat.

Dalam pada itu, anak kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, menyifatkan mereka yang menggunakan media sosial hanya untuk meraih populariti itu adalah perkara yang menyedihkan.





“Menyedihkanlah macam tu.” katanya.

Caprice merupakan antara artis yang berani dan lantang dalam mengkritik dan memberikan pandangan terhadap isu-isu semasa selain seni dan hiburan.

Walau bagaimanapun, pada masa sama netizen juga menyifatkan Caprice sebagai pakcik bawang kerana kelakuannya itu.

Post a Comment

Previous Post Next Post