
Wincci merupakan graduan undang-undang University of Reading, United Kingdom (UK) dan memiliki ijazah sarjana dalam perniagaan daripada University of Sunshine Coast, Australia.
Soo Wincci terima ijazah sarjana kedua Oleh IZWAN MOHD. ISA KUALA LUMPUR - Penyanyi dan pelakon Dr. Soo Wincci baru sahaja selesai menerima ijazah sarjana keduanya dalam jurusan Inovasi & Teknologi Dalam Produksi Muzik pada majlis konvokesyen yang diadakan di Kolej Berklee Kampus Valencia, di Spanyol sebentar tadi.
Menerusi kemas kini yang dimuat naik di Instagram, Wincci berkata, dia berasa teruja kerana berjaya menamatkan pengajian di kolej ternama itu.
“Konvokesyen untuk ijazah sarjana kedua daripada kolej idaman saya.
“Cuma pada kali ini, saya berseorang di sini. Terima kasih atas ucapan yang anda berikan,” katanya ringkas.
Wincci merupakan graduan undang-undang University of Reading, United Kingdom (UK) dan memiliki ijazah sarjana dalam perniagaan daripada University of Sunshine Coast, Australia.
Bekas peserta Miss World Malaysia itu kemudian menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Open University Malaysia dalam bidang perniagaan dan menamatkan pengajian pada 2016.
Sepanjang berkarier, Wincci pernah memasarkan 11 buah album termasuk sebuah album dalam bahasa Melayu berjudul Su Wincci yang dilancarkan pada 2012.
Selain aktif menyanyi di negara China, beliau turut memenuhi tawaran berlakon dalam produksi filem tempatan.
Antara filem yang dijayakan Wincci termasuklah Kau Yang Satu (2017), Sindiket (2017) dan Suatu Malam Kubur Berasap 2 (2014).