Raja Atiq kemalangan, jadi mangsa langgar lari


Pelakon popular menerusi drama bersiri Nur, iaitu Raja Atiq telah terbabit dengan kemalangan jalan raya, Ahad lalu.

Raja Atiq atau namanya Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 18, memberitahu perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya sebentar tadi.

Menurut pelakon itu, kecelakaan tersebut turut menimpa ayahnya pagi tadi.

"Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya, pagi Ahad Atiq kemalangan dan pagi Isnin Abi pula kemalangan.

"Ya ALLAH, aku bersabar dengan ujian yang Engkau beri ini," tulisnya.

Pada masa sama Atiq juga meluahkan rasa syukur kepada mereka yang telah berada di sampingnya di saat susah ataupun senang.





"Terima kasih kepada semua yang tetap memberi sokongan dan dorongan.

"Tidak lupa juga kepada sahabat saya yang bantu saya sama ada susah ataupun senang.

"Hati budi mu hanya ALLAH dapat membalasnya sahabat," coretnya.

Terdahulu, Atiq menerusi Instagram Storynya, Atiq ada memberitahu ketika kejadian berlaku dia tidak sempat untuk mendapatkan jenis kenderaan yang melanggarnya.

"Malam semalam kereta langgar lari. Chill jela tak nampak pula kereta apa," kongsinya.

Post a Comment

Previous Post Next Post